Pengenalan
LATAR BELAKANG
Didaftarkan pada 18 April 2009, hasil gabungan pemikiran, idea dan tenaga 12 orang terdiri daripada usahawan pegawai kerajaan dan pendidik bagi menubuhkan sebuah Koperasi HALUAN Malaysia.
KOPERASI IKHTISAS diurus dan ditadbir oleh 15 orang Anggota Lembaga Koperasi yang dilantik oleh Mesyuarat Agung Tahunan. Operasi koperasi berteraskan Prinsip Patuh Syariah.
VISI
Koperasi Islam Nasional untuk kesejahteraan ummah dan Negara
MISI
- Penggembeling optima segala sumber koperasi untuk penyediaan perkhidmatan berkualiti kepada anggota.
- Penglibatan yang menyeluruh dalam bidang ekonomi, pendidikan & sosial untuk kesejahteraan anggota & ummah.
- Pengurusan yang beramanah, komited dan bertanggungjawab untuk merealisasikan tuntutan Islam sebagai addin.
MOTO
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah sangat berat siksa-Nya
Surah Al-Maidah : 2
Matlamat
PENUBUHAN KOIKHTISAS
Mewujudkan Sistem Kewangan Islam/ Baitulmal
Menggantikan Sistem Kewangan Konvensional kepada Sistem Kewangan Islam
Mengumpul Dana Di Peringkat Nasional
Semakin banyak dana semakin banyak jumlah penjanaan dan aktiviti Pelaburan & Kewangan dapat dikembangkan
Menjana dan Meningkatkan Kewangan HALUAN
Meningkatkan aktiviti perniagaan/mudharabah di kalangan Anggota HALUAN
Menampung Kewangan HALUAN
Pembangunan dan operasi Institusi Pendidikan Swasta (IPS)
Tadbir urus
KOIKHTISAS telah diurus dan ditadbir oleh 15 orang Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang dilantik oleh Mesyuarat Agung Tahunan. Operasi berteraskan Prinsip Patuh Syariah.
Bagi memantapkan perjalanan koperasi, ALK telah bersetuju untuk meletakkan pejabat Koperasi KOIKHTISAS di negeri Pengerusi, iaitu di Temerloh, Pahang.
Pengurusan KOIKHTISAS diuruskan oleh Timbalan Bendahari dan dibantu oleh 2 orang kakitangan yang dilantik.
HALUAN
Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
Koperasi Patuh Sayriah
Sijil Patuh Syariah
bELUM MENJADI anggota?
Kami dengan tangan terbuka, mengalu-alukan anggota HALUAN untuk menyertai KOIKHTISAS