Galeri Aktiviti KOIKHTISAS

Bengkel Dana di Ktd Bangi

7 – 8 Julai 2023

Bengkel Dana yang diadakan pada hari tersebut alhamdullilah berjalan dengan lancar.Selain itu ,sesi perbincangan bengkel dana secara online juga dijalankan dengan lancar bagi peserta-peserta yang tidak dapat hadir secara fizikal pada hari tersebut.

Tujuan utama bengkel dana ini diadakan adalah untuk fokus kepada pencapaian sasaran dana -IPTI ( Haluan , IPS /IPTI , Koop , Iktisad , Yayasan ) dan isu-isu yg berkaitan dana pusat & negeri.

Selain itu , untuk mengenalpasti punca masalah,cabaran pencapaian sasaran Dana dan mencadangkan penyelesaiannya supaya kita semua bergerak kearah peningkatan sasaran selari dengan pengembangan Haluan dan Institusi Haluan.

Gambar sekitar Bengkel Dana 7 -9 Julai 2023 Bertempat di Ktd Bangi

eCA-I Coop Tour BR23 Anjuran Bank Rakyat Wilayah Pahang

25 Julai 2023,Selasa
8.30 pagi

Program bersama bank rakyat eCA-i Coop Tour BR23 bertempat di Alh Continental Resort ,Mentakab Pahang.

Tujuan program e-CAi ini diadakan bertujuan untuk bagi taklimat berkenaan dengan produk baru daripada bank rakyat.

Mereka nak memperkenalkan produk baru daripada bank Rakyat untuk bantu koperasi/syarikat yang memerlukan modal pusingan untuk menjalankan perniagaan.

Selain itu juga untuk mengenali pihak koperasi dengan lebih dekat.

Gambar sekitar sesi penyampaian trofi eCA-i Bank Rakyat sebagai tanda perhargaan kepada Koperasi Ikhtisas