book

Pengenalan

LATAR BELAKANG

Didaftarkan pada 18 April 2009,  hasil gabungan pemikiran, idea dan tenaga 12 orang terdiri daripada usahawan pegawai kerajaan dan pendidik bagi menubuhkan sebuah Koperasi HALUAN Malaysia.

KOPERASI IKHTISAS diurus dan ditadbir oleh 15 orang Anggota Lembaga Koperasi yang dilantik oleh Mesyuarat Agung Tahunan. Operasi koperasi berteraskan Prinsip Patuh Syariah.

VISI

Koperasi Islam Nasional untuk kesejahteraan ummah dan Negara

MISI

  • Penggembeling optima segala sumber koperasi untuk penyediaan perkhidmatan berkualiti kepada anggota.
  • Penglibatan yang menyeluruh dalam bidang ekonomi, pendidikan & sosial untuk kesejahteraan anggota & ummah.
  • Pengurusan yang beramanah, komited dan bertanggungjawab untuk merealisasikan tuntutan Islam sebagai addin.

MOTO

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ 

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah sangat berat siksa-Nya
Surah Al-Maidah : 2

book

Matlamat

PENUBUHAN KOIKHTISAS

Mewujudkan Sistem Kewangan Islam/ Baitulmal
Menggantikan Sistem Kewangan Konvensional kepada Sistem Kewangan Islam

Mengumpul Dana Di Peringkat Nasional
Semakin banyak dana semakin banyak jumlah penjanaan dan aktiviti Pelaburan & Kewangan dapat dikembangkan

Menjana dan Meningkatkan Kewangan HALUAN
Meningkatkan aktiviti perniagaan/mudharabah di kalangan Anggota HALUAN

Menampung Kewangan HALUAN
Pembangunan dan operasi Institusi Pendidikan Swasta (IPS)

Tadbir urus

KOIKHTISAS telah diurus dan ditadbir oleh 15 orang Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang dilantik oleh Mesyuarat Agung Tahunan. Operasi berteraskan Prinsip Patuh Syariah.

Bagi memantapkan perjalanan koperasi, ALK telah bersetuju untuk meletakkan pejabat Koperasi KOIKHTISAS di negeri Pengerusi, iaitu di Temerloh, Pahang.

Pengurusan KOIKHTISAS diuruskan oleh Timbalan Bendahari dan dibantu oleh 2 orang kakitangan yang dilantik.

HALUAN

Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

Koperasi Patuh Sayriah

Sijil Patuh Syariah

bELUM MENJADI anggota?

Kami dengan tangan terbuka, mengalu-alukan anggota HALUAN untuk menyertai KOIKHTISAS